Saturday, December 21, 2013

Street Da'wah-Bukit Bintang

Seawal pagi tadi
Aku membawa adik ke Klinik di Jinjang Utara
Dia perlu mendapatkan suntikan untuk kerja
Aku memilih pergi ke situ sebab kosnya lebih murah berbanding klinik lain
Bergegas aku pulang
Bersiap ke aktiviti seterusnya.

***
Pukul 12:45 pm aku di stesen KTM Segambut
Menunggu tren yang mengalami kelewatan
Marah, kecewa, selamba
Macam-macam reaksi muka yang aku lihat
Aku andaikan saja, yang penting aku 'chill'
Pukul 1.30 pm aku sampai KL Sentral
Janji dengan Faiz pukul 1.00 pm
Tapi apakan daya, itu yang tertulis

"Tunggu aku dekat surau"
Faiz bagi mesej
Aku pun terus ke sana
Sebelum sampai ke pintu
Jumpa lak Azhar Bujal
Bekas pelajar Iowa state
Sembang sekejap sebab nak cepat
Sesudah solat, Faiz ke tandas, sementara itu aku tunggu diluar

Aku merenung pada seorang mamat 'nigga' ni
Gaya ala-ala American
Tengah menunggu awek 'blonde' dia
Bersembang sekejap
Rupanya dia dari Texas, dekat selatan Austin
Aku paling dekat pun pernah ke Dallas, Texas
Sudah seminggu disini dan akan ke Thailand

Faiz keluar aku pun mengundurkan diri
Terus bergegas ke Stesen Monorail
Aktiviti street da'wah start pukul 2.00pm
Namun 2.15 pm baru kami sampai ke Stesen Bukit Bintang
Pangkalannya di bangunan Maybank lama
Aktiviti ini disertai hampir seratus sukarelawan

Aku bergerak mencari manusia dengan Faiz
Pada mulanya kami hanya kehulu kehilir
Mencari ilham bagaimana mendekati manusia
Sedangkan yang lain sudah ligat berkata-kata

Tema kali ini adalah berkaitan 'Jesus in Quran'
Sebab perayaan hari natal hampir tiba
Kami hanya perlu memberikan satu 'brochure' dan membuat 'survey' yang mengandungi empat soalan 'yes and no'
Soalan berkaitan dengan tema
Diakhir kertas, ada disediakan ruangan untuk 'contact', supaya boleh dihubungi dikemudian hari
Tujuan street Da'wah ini bukanlah semata-mata nak orang ucap kalimah syahadah
Namun lebih kepada merapatkan jurang agama
Terutama di Malaysia yang bergaduh je, terutama diantara Islam dan Kristian
Soalan terakhir memang paling berkesan sebab ianya berkaitan hubungan diantara kedua agama ini
Kristian adalah yang paling rapat dengan Islam, berdasarkan Al-Quran
Mereka yang mendengarnya agak terkejut dan seronok
Apa yang penting pada hari ini ialah, mereka yang didekati mengetahui lebih lanjut tentang Islam
Mengenai kalimah syahadah, hanya Allah lah yang berkuasa memberi hidayah
Kita serahkan segalanya kepada-Nya

Setelah penat mencuba, barulah aku dan Faiz rancak memberi 'brochure'
Sepuluh orang yang cuba kami berikan, mungkin satu pun takkan terbagi
Sebab semuanya buat-buat 'bodoh' dan menolak
Terutama rakyat tempatan
Hanya segelintir yang mengambil
Rakyat asing lebih terbuka, terutama yang berasal dari dunia Inggeris
Dari yang sikit mengambil, hanya tiga yang berjaya kami soal
Mereka sangat teruja mendengar penjelasan kami
Perasaan paling senorok adalah masa kami menemu bual seorang dari Ireland
Agak lama kami berbual
Semasa dia mengetahui tentang hubungan Kristian-Islam, dia terus mengangkat tangan kebahu kami, seakan-akan memeluk
Tanda hubungan akrab
Pada akhir perbualan, rakan kami, seorang cina muslim, menyarakan agar kami memberi Al-quran terjemahan kepadanya
Dia sungguh gembira
Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya, Ameen

Berjalan-jalan memberi 'brochure'
"krukkkkkk"
Lapar perut aku, Izzat pun
So, singgah sebentar di KFC
Makan ringan-ringan je
Lepas tu sambung balik, lagi sepuluh minit je
Aktiviti habis 5.00 pm
Lepas sesi bergambar beramai-ramai, Aku, Harith dan Faiz naik Monorel ke KL Sentral
Izzat pulang dengan kereta
Sampai di KL Sentral, kami solat di surau
Kemudian lepak di Coffee Bean
Sebab Harith lapar, katanya minum kopi pun dah kenyang
Sembang punya sembang
Aku pulang dan sampai di stesen KTM segambut pada pukul 7.10 pm
Sampai dirumah pada pukul 7.30 pm

***
Kosong rumah aku
Ingatkan ada orang
Sebab mak kata nak pergi NSK
Aku serba salah sebab Khairi dan Bazli ajak lepak makan
Lepas satu panggilan
Rupanya diorang dah berada di NSK
Buat penat badan je balik
Lepas solat, terus bergerak ke rumah Khari

Bazli dah ada disitu
Lepak menunggu Khairi main permainan komputer
Aku pun tidak tahu apa nama permainan tu
Seperti ala-ala 'warcraft' dan 'dota'
Selepas beberapa minit menunggu, Bazli dapat mesej dari adiknya
Mak dia mungkin masuk hospital
Katanya tidak serius tapi mungkin dia tidak boleh terlalu lama lepak
Bekas kedai Azmeer menjadi pilihan
Nasi goreng paprik terliur difikiran
Khusyuk aku makan, mereka asyik bersembang
Bola aku tengok juga, tapi tidak begitu minat sebab pasukan Malaysia sudah kecundang
Rezeki datang lagi sebab Bazli belanja hehe
Alhamdulillah

Kaki lenguh dan cuaca pun sejuk je
Hujan turun lebat
Memang sedap dapat baring
Kami berangkat awal
Pukul 10.10 pm aku sampai rumah
Berehat dan bersembang dengan mak
Penat memang penat tapi tidak mahu tidur sebab tidak mengantuk
Sekarang pun sudah 12.24 am, aku masih belum tidur
InshaAllah sejurus aku habis taip, aku tidur
Esok kena bangun awal,
Bersiap ke Port Dickson, beriadah bersama keluarga
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar

Friday, December 20, 2013

Hari yang sukar dilupai

Dah 3 hari berlalu (kalau start dari sabtu la)
Berlaku sesuatu yang x diingini
Pada pagi rabu itu
Mak menjerit, adik pun turut sama
Aku menyusul kemudian
Sebabnya, abah aku jatuh
Air melimpah keluar, saluran mesin basuh tu terjatuh
Abah aku terjatuh kebelakang, kepala menghentam kelantai
Darah keluar begitu banyak dan dia hanya terdiam untuk beberapa minit
Saat aku melihat peristiwa tu, aku sngat takut
Takut akan kehilangan seorang ayah
Abah aku sangat baik dan aku tidak bersedia kehilangannya

Alhamdulillah dia kembali sedar demi sedikit,
Mak memekap kawasan luka dengan kain secepat mungkin
Aku yang dalam kelam kabut cuba menelifon ambulans
Sebab aku rasakan waktu ini, dengan kesesakan, ambulans yang terbaik
Aku tergetar-getar bercakap,sampai akhirnya abang aku sampai
Aku membatalkan panggilan itu dan bergerak ke hospital selayang

Sampai disana aku rasa lega,
Kepala abah diperiksa dan X-ray dijalankan
Alhamdulillah tiada keretakan,
Lukanya sepanjang jari aku (pendek sedikit)
Jahitannya dua belas
Segalanya berjalan lancar

Alhamdulillah abah setakat ini ok
Walaupun lukanya nampak "normal"
Namun memori ketika kejadian ini berlaku tetap sukar dilupakan
Setiap kali aku teringat, aku berasa takut dan bersyukur
Teringat jasa-jasa abah sejak aku kecil
Aku tahu aku lelaki
Lelaki kental dan gagah hehe
Namun, aku sayang abah aku :-)
Aku tidak malu meluahkan perkara ini sebab itulah realiti

***
Jika semuanya berjalan lancar
Esok aku bakal bertemu ahli kelab buku haha
Itulah nama kumpulan ini dekat facebook, jika ditafsirkan ke Bahasa Malaysia
Ahli-ahlinya adalah Izzat, Faiz, Harith dan Aku
Semestinya akulah yang paling malas baca buku
Tapi InshaAllah aku cuba untuk membaca lebih
Dan aku rasa ada peningkatan dari sebelumnya

Pertemuan hari esok hanyalah sebentar
Kelab buku ni bukanlah setakat kelab buku 'nerd' and 'weirdo' tu
Tetapi kami lebih membicangkan isu-isu dari kitab-kitab Islam dan sebarang informasi Islam yang menarik
Terutama dari sheikh-sheikh dan aktivis moden masa kini, contohnya Hamza yusuf, Nouman Ali Khan, dan lain-lain
Oleh itu, banyak perkara yang kami rancangkan untuk memperoleh ilmu-ilmu ini, sama ada secara teori atau praktikal
Esok InshaAllah kami cuba untuk menyertai dakwah jalanan yang dianjurkan Malaysian reverted muslim
Kali ini sangat istimewa kerana dakwah ini akan diadakan di seluruh negara di hari yang sama
Walaupun kami tahu siapalah kami untuk memberi dakwah yang hebat, namun pengalaman dakwah jalanan ini adalah sesuatu yang sukar untuk diperoleh
Harap semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah

***
Lusa aku dan keluarga InshaAllah ke Port Dickson
Disana kami bakal menginap di rumah TM
Rumah tu best, cuma pantainya berkongsi dengan orang awam
Walaupun begitu, suasananya tetap best :-)
Cuma kurang seronok sebab abah tidak boleh swim
Kali terakhir kami datang, kami lumba berenang dekat swimming pool
Abah hebat juga berenang, laju macam orang muda
Isnin balik sini dah

***
Sekian saja informasi terkini
Akan ditambah kemudian, apabila waktu itu percuma :-D

Thursday, December 12, 2013

Minggu yang terbaik-penang,kajang

Minggu ni mmg menarik
Bermula dari ahad
Aku,Faiz,Harith n Izzat berjalan ke Pulau Pinang
Kitorang bergerak pagi
Banyak gak berhenti tengah jalan
Makan tgh hari kt bandar Georgetown
Makan ala2 north indian,pure punya
Ada tetamu istimewa,Moja
Sampai bilik dalam 4 lebih
Petang tu kitorang rushing gak ke hutan simpan,sbb nak kejar sunset kt salah 1 pantainya.
Sampai kat hutan simpan dalam 6
Perjalanan dijangka sejam
So,kitorang agak laju hiking
Penat mmg penat tp berbaloi sebab dapat tgk sunset first time mcm dalam kartun
Pastu dapat masalah baru,kitorang dh pening mcm mana nk balik sebab jalan hutan gelap dan bahaya
Kitorang cuba jerit2 kat bot
Nasib baik kat situ ada sorang pengawal
Kitorang mintak tolong panggil bot,bayar la sikit
Nasib baik ada,bayar sikit la
Malam tu kitorang makan biasa2 je

Hari Isnin lak
Pagi g 1 temple ni,yg terbesar kat Asia tenggara
Pastu g bukit bendera
Tengahhari makan kat nasi kandar terbaik
Petang jalan2 Georgetown,best
Malam tu mkn biasa2 je,rehat

Selasa pagi kitorang jalan2 pantai
Ingat nak main benda best tapi xde sebab hujan renyai
Ada 3 ekor anjing kt pantai tu
Kitorang cool je
Tp tetiba kene kejar anjing haha
Berserabut semua lari
Balik tgh hari,terus ke the mines sbb nak pergi big bad wolf
Malangnya buku2 nya xbest
So tido rumah Harith sebab esoknya nk daki Broga,nak tgk sunrise

Alhamdulilah rabu berjaya gak tgk sunrise
Subuh kat ladang kelapa sawit
Ramai sangat orang kat atas tu
Tgh hari gerak ke KLCC
Kitorang g beli buku
Aku beli 3 islamic book n 1 novel
Okay la,4 hari bersama dorang
Banyak info berkenaan islam aku dpt
Fikiran dorang best,bkn 'norm' malay punya perbahasan
Dorang lebih open,srnk dngr
Rasanya bnyk sngt kitorang berbincang,mcm usrah la pulak haha

Khamis malam td aku g ke Wangsa Maju
Malaysian muslim reverted punya tempat
Ada briefing tok nationwide street da'wah 21/12
Yang ada td,Faiz,Izzat n harith
Izzat balik awal sikit
Yang lain kitorang mkn satay jap sblm balik
Sampai rumah kul 1 :-)


***
Secara kesimpulannya
Minggu ni sangat bermakna
Sebab aku rasa sngat happy
N jiwa aku kembali smngat
Aku harap aku dan diorang akan sentiasa mendalami ilmu islam terutama yang berkaitan penyusian diri-sufi
Diorang banyak share info dan source yg terbaik
Lepas ni boleh join aktiviti diorang terutama aktiviti faiz,sebelum aku berangkat
Harap persahabatan ini berkekalan
Ameen


Friday, November 22, 2013

Hello :-)

Skrg aku tgh baring di katil
Kem btn tp bilik sorang satu dgn aircond lagi
Agak pelik bin hairan

Btw,aku dh lama xupdate blog
Malas dan xde apa menarik pun nk diceritakan
Mungkin lepas ni ada bnyk cite menarik
Nanti la cerita lagi
Selamt malam :-)

Monday, May 27, 2013

Arwah atuk

Hai blog,
Asyik aku post je,mesti kau tgh berhabuk
Huhhhhhh (tiup habuk)

Post kali ni sngt istimewa
Ianya mengenai arwah atuk ku
Hashim bin Inchan

Atukku telah kembali kepada-Nya
Minggu lepas sabtu
Dia dh 2 bulan sakit
Umur 86

Dia ni keturunan Banjar
Bapanya Inchan berasal dari Indonesia
Ibunya Teh Sani
Orang nya putih (masa muda handsome rasanya haha)

Arwah jarang dtg rumah anak2
Masa aku kecik dia salu ckp aku mulut murai
Salu komplen pasal rumah dia haha
Tp dia ok je
Yg paling ingt,klu dia dtg rumah aku (paling last tido masa aku sklh rendah),
Mesti ada pagi yg dia suruh aku bawak g minum kopi
So,ada la kenangan bawak dia g kedai kopi pagi,jalan kaki lak tu haha
Bapak aku pun xjoin haha
Dia saja nk suh aku bawak kot

Last skali dia dtg tahun 2008 kot, tp dia lawat je,sbb masalah kesihatan dia xokay,so dia xnk lama2 kt KL

Walaupun dia xserapat arwah tok Salleh,
Dia tetap atuk aku
Aku salute dia sbb dia berfikiran jauh n bijak

***
Allah tahu segalanya
Dia yg menetapkan segalanya
Walaupun atuk tinggal berdekad2 di kampung telok bakong,
Di Nilai jugalah dia ditanamkan
Di Masjid nilai yg aku prnh g dulu (time kt Inti) lah dia dimandikan
Xsangka kubur arwah atuk kt Nilai,
Tmpt yg aku sngt familiar

Aku rasa grmbira dpt mandikan,kapankan dan kebumikan bersama sepupu2 yg lain, yg dh bertahun xjumpa (masalah keluarga)

Alhamdulillah semuanya baik2 saja
Harap2 lepas ni semua bersatu kembali seperti dulu2 kala.

Al-Fatihah

Hashim bin Inchan (1927-2013)

Friday, March 8, 2013

Update

Lama dah aku menyepi
Mmg xde apa sngt tok diupdate
tp dh 3 bulan kumpul, bnyk gak la jadinya

Dah hampir 3 bulan aku balik dr usa
Macam2 keje dh aku apply
Aku ada gak join program dr talentcorp
Tp career fair nya xde pun lgi

Sementara tu aku keje kt BioMedia
Aku jadi application specialist
Baru je keje seminggu
Susah gak r nk buat keputusan
Kalau nk tunggu yg bagus xtau bila
So, keje je la dulu yg ni

Seminggu sblm aku g Sydney
Aku g tempat Mas
Apa yg aku rasa Sydney mmg best
Lg best dr New York
Mungkin sbb environment ada sikit2 mcm Malaysia tp negara org putih
Srnk la

Walau apa pun
Skrg mcm sunyi sikit la
Kt tmpt keje xde kawan (mungkin xdpt masuk lg)
Kwn lama ada sikit
Mas dh balik Aussie
Harap kn family la