Saturday, December 21, 2013

Street Da'wah-Bukit Bintang

Seawal pagi tadi
Aku membawa adik ke Klinik di Jinjang Utara
Dia perlu mendapatkan suntikan untuk kerja
Aku memilih pergi ke situ sebab kosnya lebih murah berbanding klinik lain
Bergegas aku pulang
Bersiap ke aktiviti seterusnya.

***
Pukul 12:45 pm aku di stesen KTM Segambut
Menunggu tren yang mengalami kelewatan
Marah, kecewa, selamba
Macam-macam reaksi muka yang aku lihat
Aku andaikan saja, yang penting aku 'chill'
Pukul 1.30 pm aku sampai KL Sentral
Janji dengan Faiz pukul 1.00 pm
Tapi apakan daya, itu yang tertulis

"Tunggu aku dekat surau"
Faiz bagi mesej
Aku pun terus ke sana
Sebelum sampai ke pintu
Jumpa lak Azhar Bujal
Bekas pelajar Iowa state
Sembang sekejap sebab nak cepat
Sesudah solat, Faiz ke tandas, sementara itu aku tunggu diluar

Aku merenung pada seorang mamat 'nigga' ni
Gaya ala-ala American
Tengah menunggu awek 'blonde' dia
Bersembang sekejap
Rupanya dia dari Texas, dekat selatan Austin
Aku paling dekat pun pernah ke Dallas, Texas
Sudah seminggu disini dan akan ke Thailand

Faiz keluar aku pun mengundurkan diri
Terus bergegas ke Stesen Monorail
Aktiviti street da'wah start pukul 2.00pm
Namun 2.15 pm baru kami sampai ke Stesen Bukit Bintang
Pangkalannya di bangunan Maybank lama
Aktiviti ini disertai hampir seratus sukarelawan

Aku bergerak mencari manusia dengan Faiz
Pada mulanya kami hanya kehulu kehilir
Mencari ilham bagaimana mendekati manusia
Sedangkan yang lain sudah ligat berkata-kata

Tema kali ini adalah berkaitan 'Jesus in Quran'
Sebab perayaan hari natal hampir tiba
Kami hanya perlu memberikan satu 'brochure' dan membuat 'survey' yang mengandungi empat soalan 'yes and no'
Soalan berkaitan dengan tema
Diakhir kertas, ada disediakan ruangan untuk 'contact', supaya boleh dihubungi dikemudian hari
Tujuan street Da'wah ini bukanlah semata-mata nak orang ucap kalimah syahadah
Namun lebih kepada merapatkan jurang agama
Terutama di Malaysia yang bergaduh je, terutama diantara Islam dan Kristian
Soalan terakhir memang paling berkesan sebab ianya berkaitan hubungan diantara kedua agama ini
Kristian adalah yang paling rapat dengan Islam, berdasarkan Al-Quran
Mereka yang mendengarnya agak terkejut dan seronok
Apa yang penting pada hari ini ialah, mereka yang didekati mengetahui lebih lanjut tentang Islam
Mengenai kalimah syahadah, hanya Allah lah yang berkuasa memberi hidayah
Kita serahkan segalanya kepada-Nya

Setelah penat mencuba, barulah aku dan Faiz rancak memberi 'brochure'
Sepuluh orang yang cuba kami berikan, mungkin satu pun takkan terbagi
Sebab semuanya buat-buat 'bodoh' dan menolak
Terutama rakyat tempatan
Hanya segelintir yang mengambil
Rakyat asing lebih terbuka, terutama yang berasal dari dunia Inggeris
Dari yang sikit mengambil, hanya tiga yang berjaya kami soal
Mereka sangat teruja mendengar penjelasan kami
Perasaan paling senorok adalah masa kami menemu bual seorang dari Ireland
Agak lama kami berbual
Semasa dia mengetahui tentang hubungan Kristian-Islam, dia terus mengangkat tangan kebahu kami, seakan-akan memeluk
Tanda hubungan akrab
Pada akhir perbualan, rakan kami, seorang cina muslim, menyarakan agar kami memberi Al-quran terjemahan kepadanya
Dia sungguh gembira
Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya, Ameen

Berjalan-jalan memberi 'brochure'
"krukkkkkk"
Lapar perut aku, Izzat pun
So, singgah sebentar di KFC
Makan ringan-ringan je
Lepas tu sambung balik, lagi sepuluh minit je
Aktiviti habis 5.00 pm
Lepas sesi bergambar beramai-ramai, Aku, Harith dan Faiz naik Monorel ke KL Sentral
Izzat pulang dengan kereta
Sampai di KL Sentral, kami solat di surau
Kemudian lepak di Coffee Bean
Sebab Harith lapar, katanya minum kopi pun dah kenyang
Sembang punya sembang
Aku pulang dan sampai di stesen KTM segambut pada pukul 7.10 pm
Sampai dirumah pada pukul 7.30 pm

***
Kosong rumah aku
Ingatkan ada orang
Sebab mak kata nak pergi NSK
Aku serba salah sebab Khairi dan Bazli ajak lepak makan
Lepas satu panggilan
Rupanya diorang dah berada di NSK
Buat penat badan je balik
Lepas solat, terus bergerak ke rumah Khari

Bazli dah ada disitu
Lepak menunggu Khairi main permainan komputer
Aku pun tidak tahu apa nama permainan tu
Seperti ala-ala 'warcraft' dan 'dota'
Selepas beberapa minit menunggu, Bazli dapat mesej dari adiknya
Mak dia mungkin masuk hospital
Katanya tidak serius tapi mungkin dia tidak boleh terlalu lama lepak
Bekas kedai Azmeer menjadi pilihan
Nasi goreng paprik terliur difikiran
Khusyuk aku makan, mereka asyik bersembang
Bola aku tengok juga, tapi tidak begitu minat sebab pasukan Malaysia sudah kecundang
Rezeki datang lagi sebab Bazli belanja hehe
Alhamdulillah

Kaki lenguh dan cuaca pun sejuk je
Hujan turun lebat
Memang sedap dapat baring
Kami berangkat awal
Pukul 10.10 pm aku sampai rumah
Berehat dan bersembang dengan mak
Penat memang penat tapi tidak mahu tidur sebab tidak mengantuk
Sekarang pun sudah 12.24 am, aku masih belum tidur
InshaAllah sejurus aku habis taip, aku tidur
Esok kena bangun awal,
Bersiap ke Port Dickson, beriadah bersama keluarga
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar

No comments: