Dah 3 hari berlalu (kalau start dari sabtu la)
Berlaku sesuatu yang x diingini
Pada pagi rabu itu
Mak menjerit, adik pun turut sama
Aku menyusul kemudian
Sebabnya, abah aku jatuh
Air melimpah keluar, saluran mesin basuh tu terjatuh
Abah aku terjatuh kebelakang, kepala menghentam kelantai
Darah keluar begitu banyak dan dia hanya terdiam untuk beberapa minit
Saat aku melihat peristiwa tu, aku sngat takut
Takut akan kehilangan seorang ayah
Abah aku sangat baik dan aku tidak bersedia kehilangannya
Alhamdulillah dia kembali sedar demi sedikit,
Mak memekap kawasan luka dengan kain secepat mungkin
Aku yang dalam kelam kabut cuba menelifon ambulans
Sebab aku rasakan waktu ini, dengan kesesakan, ambulans yang terbaik
Aku tergetar-getar bercakap,sampai akhirnya abang aku sampai
Aku membatalkan panggilan itu dan bergerak ke hospital selayang
Sampai disana aku rasa lega,
Kepala abah diperiksa dan X-ray dijalankan
Alhamdulillah tiada keretakan,
Lukanya sepanjang jari aku (pendek sedikit)
Jahitannya dua belas
Segalanya berjalan lancar
Alhamdulillah abah setakat ini ok
Walaupun lukanya nampak "normal"
Namun memori ketika kejadian ini berlaku tetap sukar dilupakan
Setiap kali aku teringat, aku berasa takut dan bersyukur
Teringat jasa-jasa abah sejak aku kecil
Aku tahu aku lelaki
Lelaki kental dan gagah hehe
Namun, aku sayang abah aku :-)
Aku tidak malu meluahkan perkara ini sebab itulah realiti
***
Jika semuanya berjalan lancar
Esok aku bakal bertemu ahli kelab buku haha
Itulah nama kumpulan ini dekat facebook, jika ditafsirkan ke Bahasa Malaysia
Ahli-ahlinya adalah Izzat, Faiz, Harith dan Aku
Semestinya akulah yang paling malas baca buku
Tapi InshaAllah aku cuba untuk membaca lebih
Dan aku rasa ada peningkatan dari sebelumnya
Pertemuan hari esok hanyalah sebentar
Kelab buku ni bukanlah setakat kelab buku 'nerd' and 'weirdo' tu
Tetapi kami lebih membicangkan isu-isu dari kitab-kitab Islam dan sebarang informasi Islam yang menarik
Terutama dari sheikh-sheikh dan aktivis moden masa kini, contohnya Hamza yusuf, Nouman Ali Khan, dan lain-lain
Oleh itu, banyak perkara yang kami rancangkan untuk memperoleh ilmu-ilmu ini, sama ada secara teori atau praktikal
Esok InshaAllah kami cuba untuk menyertai dakwah jalanan yang dianjurkan Malaysian reverted muslim
Kali ini sangat istimewa kerana dakwah ini akan diadakan di seluruh negara di hari yang sama
Walaupun kami tahu siapalah kami untuk memberi dakwah yang hebat, namun pengalaman dakwah jalanan ini adalah sesuatu yang sukar untuk diperoleh
Harap semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah
***
Lusa aku dan keluarga InshaAllah ke Port Dickson
Disana kami bakal menginap di rumah TM
Rumah tu best, cuma pantainya berkongsi dengan orang awam
Walaupun begitu, suasananya tetap best :-)
Cuma kurang seronok sebab abah tidak boleh swim
Kali terakhir kami datang, kami lumba berenang dekat swimming pool
Abah hebat juga berenang, laju macam orang muda
Isnin balik sini dah
***
Sekian saja informasi terkini
Akan ditambah kemudian, apabila waktu itu percuma :-D
No comments:
Post a Comment